Sunday, December 30, 2018

Homestay Bukan Gelanggang Seks

Kebersihan adalah separuh dari iman. Itu yang selalu kita dengar. Oleh kerana pengaruhnya yang besar, saya menyakini, kebersihan itu bukan sekadar cantik dipandangan mata tetapi perlu merentasi hati, dan mencetuskan ketenangan jiwa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” 
(HR. Tirmizi)”
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Ruang makan AnaSufi Homestay yang sentiasa bersih untuk tetamu. 

Baru baru ini saya terbaca satu kisah tentang kegiatan seks di homestay, pelajar lelaki dan perempuan menginap di sebuah homestay yang sama. Uh! malang sungguh tuan rumah. Dalam perasaan kesian kepada tuan rumah itu, timbul  pula rasa hairan bin ajaib. Apakah reaksi pemilik rumah tatkala menyerahkan kunci. Tidak curigakah dengan bebudak nih?. 


Perkara ini memang menjadi iktibar kepada saya. Ya, pendekatan berlembut dan bertimbang rasa dengan pelanggan itu perlu, namun ketegasan mesti ada terutama dalam hal-hal agama. Paling membusukkan lagi, jika percubaan pertama berjaya, saya yakin pelanggan yang sama akan mengulangi kegiatannya di 'port' yang sama atau mungkin, berkongsi maklumat kepada rakan-rakan yang kemaruk seks sepertinya. 

Menukar cadar adalah KEMESTIAN di AnaSufi Homestay. 
Walaupun zahirnya ok, kerja menukar cadar dan mendobi TETAP dilakukan.

Kesimpulannya, berhati-hatilah terutama pengusaha homestay sekalian. Kepada pelanggan, letakkan kriteria bersih mendahului yang lain kerana apabila bersih diutamakan sudah tentu elemen keselesan dan lain-lain akan dijaga oleh pengusaha homestay.


Pertanyaan? Klik disini
www.wasap.my/60192401729/PakejJimat
Tempah sekarang! (Tamat 31.3.2019) 


Info lanjut, klik disini