1. Kira Mengundur
Dari tarikh akad
nikah, kira secara mengundur bermula dari sifar kepada 30 hari. Bolehkah 30 hari kurus?. Ya secara teori dan praktikal ia boleh dicapai.
Berdasarkan pengalaman
saya, dalam jangkamasa tersebut purata penurunan berat boleh dicapai sebanyak
4kg hingga 15kg. Hukumnya, semakin besar nilai yang anda sasar, semakin ketatlah rutin senamannya. Untuk mencapainya, anda harus melakukan
empat rutin penting yang saya nyatakan dibawah.
===========================
Secara teori jika anda kurang makan sebanyak 3500 kalori seminggu anda akan berjaya menurunkan berat badan sekitar 1 kg seminggu.
===========================
2.
Makanan
Makanan berkhasiat
dalam konteks kurus adalah pemakanan yang boleh memacu pembakaran lemak. Salah satunya adalah makanan yang tidak MENINGKATKAN INSULIN
DALAM DARAH seperti kumpulan karbohidrat kompleks. Juga makanan tinggi Amino Acid seperti telur ayam dan perlunya mengambil vitamin B serta mineral seperti zinc dan iron.
=============================
Tahukah anda?Protien bertindak sebagai Enzyme atau 'Pilot' yang membawasel lemak disepanjang laluan ke otot untuk dibakar. Sementara Zinc dan iron bertindak sebagai Coenzyme atau 'Co-Pilot' yang turut penting. Maka makanlah protein kerana didalamnya terdapat Amino Acid, Zinc dan Iron.
==========================
3. Jaga Waktu Makan
Waktu paling penting mengawal peningkatan insulin adalah pada waktu pagi kerana pada jam 6 hingga 11 pagi, pengeluaran hormone thyroxine paling aktif bagi memacu aktiviti metabolism (pembakaran kalori). Jika kehadiran hormon dari organ thyroid ini disambut oleh darah yang kekurangan gula, secara automatik hormon Glucagon dari organ pancreas akan diaktifkan.
Sumber foto : https://www.webnat.com/articles/Pancreas.asp |
Waktu kedua terpenting mengawal makan adalah pada waktu malam bermula jam 9 malam ke atas kerana semua sistem tubuh sudah mula tidak aktif (berehat). Jika makan juga carilah yang berentuk cecair seperti smoothies supaya mudah dihadam.
3.
Kardio
Kardio memang
paling dibenci oleh golongan obes. Boring, jarak yang panjang dan menyakitkan
betis adalah punca kebencian. Tapi tahukah anda, latihan kardio adalah KUNCI UTAMA UNTUK
KURUS!. Latihan kardio adalah latihan bagi meningkatkan kecergasan
kardiovaskular dan kardiorespiratori. Ia membakar lemak melalui sistem tenaga
aerobik dan anaerobik. Untuk itu saya kongsikan cara-caranya dibawah.
VIDEO INI PERCUMA
BILA ANDA MENGINAP
DI ANASUFI HOMESTAY
4. Bebanan
Latihan bebanan
tidak menyakitkan, Itu anda harus tahu. Sakit bila tekniknya salah. Jika dilakukan dengan betul ia akan
memacu penurunan berat badan berlipat kali ganda. Latihan bebanan bertujuan
meningkatkan daya tahan otot lalu tubuh kelihatan sedikit berotot dan padat.
Perubahan fizikal ini sebenarnya menunjukkan peningkatan bilangan dan kualiti power house atau mitochondria. Latihan bebanan tidaklah dilakukan pada hari berbeza
dengan aktiviti kardio. Untuk cepat kesanya lebih baik digemblingkan dalam satu
waktu latihan yang dimulakan dengan kardio diikuti bebanan.
MODUL INI PERCUMA
BILA ANDA MENGINAP
DI ANASUFI HOMESTAY
5. Rutin Rehat
Rehat penting tau!. Kalau tak rehat semua
sistem pembakaran lemak akan 'merajuk' dan berat tidak akan turun!. Paling
penting adalah merehatkan hati melalui tidur. Tidur yang berkualiti mampu mengembalikan
fungsi hati. Apakah peranan hati untuk kurus? Hati bertindak sebagai Kilang
Pemprosesan Tenaga. Dihati segala makanan diditukarkan sebagai tenaga untuk
disimpan (kalori input) atau dibakar (kalori output). So hati-hati dengan
hati!. Tidurlah.
No comments:
Post a Comment